Berita

Penunggang lelaki maut dalam perjalanan ke tempat kerja

KESEMUA mereka yang berusia lingkungan 22 hingga 49 tahun ditahan dalam serbuan di bawah Ops Kontraban, yang digerakkan hasil maklumat awam. Kredit foto oleh Berita Harian
- Diterbit 24 Disember 2021 5:50 AM MYT

SEORANG lelaki berusia 34 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangnya melanggar belakang kenderaan pacuan empat roda di KM5.4 Lebuh Wadi Ehsan, Putrajaya petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Presint 14 menuju ke tempat kerjanya di Jabatan Alam Sekitar, Persiaran Perdana, Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, semasa sampai di satu selekoh berhampiran jejambat, penunggang motosikal tersebut telah melanggar belakang Nissan Frontier berwarna hitam yang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun di lorong kiri, laluan yang sama.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh pasukan paramedik Hospital Putrajaya.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik IPD Putrajaya di talian 03-8886 2138 atau Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Hor Ming Jai di talian 016-510 9977 bagi membantu siasatan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas