Berita

Penukaran kepada hak milik strata, selesaikan hak milik lama bangunan

CONTOH Hak milik Subsidiari (kanan) yang telah ditukar kepada Hak milik Strata (Kiri) bersifat elektronik.
- Diterbit 18 Jun 2021 5:07 AM MYT

HAK milik pecahan (subsidiari) adalah suratan hak milik geran lama yang melambangkan pemilikan individu dikeluarkan kepada mana-mana petak dalam sebuah bangunan bertingkat yang telah dipecahbahagi berdasarkan peruntukan dalam Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 [Akta 56].

 

Geran lama ini dikeluarkan sebelum Akta Hak milik Strata (AHS) 1985 [Akta 318] mula berkuatkuasa pada 1 Jun 1985.

Hak milik subsidiari didaftarkan bawah Seksyen 151-157, 161-163 dan 355-374 KTN, di mana seksyen berkenaan telah dimansuh daripada peruntukan KTN apabila Akta 318 berkuat kuasa. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) adalah negeri paling banyak mempunyai hak milik subsidiari berdaftar iaitu sebanyak 62 skim perumahan dan komersil merangkumi 1,327 petak hakmilik. Kesemua skim ini terletak di Bandar Kuala Lumpur.

Sebelum ini, hak milik subsidiari ini bersifat manual. Justeru, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTG WP) telah mengambil inisiatif dan melaksanakan penukaran hak  milik strata bersifat elektronik.

Melalui peruntukan Seksyen 82, Akta
Hak milik Strata membolehkan hak milik subsidiari ditukar kepada hak milik strata melalui kaedah-kaedah pengubahsuaian oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagaimana difikirkan perlu.

Sehubungan itu, Pengarah dengan penukaran hak milik Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad  Yasir Yahya menjelaskan, Kaedah Hak milik Strata (Penukaran Hak milik Subsidiari kepada Hak milik  Strata) Wilayah Persekutuan Kuala  Lumpur 2020 dikeluarkan melalui Warta Kerajaan Persekutuan P.U.

(A) 183 pada 11 Jun 2020 yang  ditandatangani oleh Perdana Menteri selaku Menteri yang  bertanggungjawab terhadap tanah di Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata, proses penukaran hakmilik manual subsidiari kepada hak milik
strata berkomputer (Jadual Ke- enam AHS) di PPTG WP telah didaftarkan secara berperingkat mulai Oktober 2020 hingga selesai penghujung Disember 2020 melalui sistem e-Tanah.

Pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Wilayah Persekutuan turut memberi kerjasama dan berperanan mengemaskini semua pelan akui hak milik sedia ada bagi mematuhi kehendak AHS melalui pelaksanaan anotasi.

“PPTG WP yakin Sehubungan itu, Pengarah dengan penukaran hak milik Tanah dan Galian Wilayah pecahan atau subsidiari kepada Persekutuan, Datuk Muhammad hak milik strata ini akan memberi Yasir Yahya menjelaskan, Kaedah impak positif kepada semua Hak milik Strata (Penukaran Hak 1,327 pemilik hak milik terlibat, milik Subsidiari kepada Hak milik dan terus responsif memberi Strata) Wilayah Persekutuan Kuala perkhidmatan selari keperluan Lumpur 2020 dikeluarkan melalui semasa,” ujarnya.

Warta Kerajaan Persekutuan P.U. Sebarang pertanyaan lanjut (A) 183 pada 11 Jun 2020 yang berkaitan penukaran hak milik ditandatangani oleh Perdana subsidiari atau pecahan di WPKL Menteri selaku Menteri yang ini, bolehlah hadir ke Bahagian bertanggungjawab terhadap tanah Strata, PPTG WP atau ajukan di Wilayah Persekutuan. melalui email: tanahwila@ptgwp. Beliau berkata, proses gov.my.

 

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas