Selebriti

Penonton Blackpink belum dapat atasi konsert Siti Nurhaliza

|
- Diterbit 5 Mac 2023 4:18 PM MYT

KEHANGATAN konsert kumpulan dari Korea Selatan, Blackpink yang berlangsung pada Sabtu baru-baru ini masih terasa.

Apatah lagi ini adalah kali pertama Blackpink mengadakan konsert di Malaysia, sudah tentu peminat yang hadir tidak dapat melupakan saat-saat manis itu dan berkongsi dalam media sosial.

GAMBAR carta jumlah penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walau bagaimanapun, jumlah penonton konsert Blackpink seramai 62,000 semalam masih tidak mampu mengatasi jumlah penonton konsert penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi ciapan Pop Crave Asia, konsert Siti Nurhaliza pada tahun 2004 mencatatkan jumlah penonton lebih 70,000 penonton di lokasi yang sama iaitu di Stadium Bukit Jalil.

Jumlah tersebut hampir dicabar oleh konsert A.R Rahman yang diadakan pada 28 Januari lalu dengan mencatatkan lebih 67,000 penonton.

Konsert Blackpink baru-baru ini pula menduduki tangga ketiga dengan jumlah penonton yang memenuhi stadium adalah seramai 62,000.

Pada tahun 2004, konsert Siti Nurhaliza merupakan konsert jelajah pertama beliau di mana Siti menjelajah 15 lokasi menarik di seluruh Malaysia.

Difahamkan lebih dari sejuta penonton telah hadir sepanjang konsert tersebut dan itu adalah jumlah kehadiran penonton paling terbesar di dalam sejarah konsert di negara Malaysia. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas