Berita

Penjelasan grafik fitnah Annuar Musa

- Diterbit 23 November 2020 6:12 AM MYT

TINDAKAN sebuah akhbar tempatan yang menyalah tafsir kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkenaan isu penjualan arak di kedai serbaneka mengakibatkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, laporan ‘bir tidak tersenarai minuman keras yang memabukkan dan masih dibenarkan dijual di kedai runcit serta serbaneka, namun perlu mengikut tempoh waktu ditetapkan’ yang diterbitkan pada 21 November lalu telah sengaja disalah petik oleh pihak yang tidak bertanggung jawab sebagai kenyataan.

Ujar beliau, ekoran daripada itu, satu grafik fitnah telah dihasilkan untuk menyerang Annuar, dengan membayangkan seolah-olah perenggan pertama yang ditulis itu merupakan kenyataan daripada menteri.

Jelasnya, Sedangkan kenyataan yang sebenar adalah ‘bir masih boleh dijual di kedai sedemikian tetapi pada waktu-waktu ditetapkan yang peraturan ini digunapakai di semua negara’.

“Ada garis panduan lama yang dikekalkan termasuk larangan menjual arak di tempat sensitif seperti berhadapan sekolah dan rumah ibadat.

“Dalam paragraf lain, terdapat kenyataan ‘DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) sebelum ini mengeluarkan garis panduan LMK (Lesen Minuman Keras’ yang menetapkan ‘hard liqour’ (minuman keras yang memabukkan) tidak dibenarkan di jual kedai runcit, serbaneka dan kedai menjual ubat tradisional Cina sekitar Kuala Lumpur bermula 1 Oktober 2021′,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Tun Faisal Ismail berharap supaya sahabat-sahabat media lebih berhati-hati semasa menulis berita kerana dalam suasana suhu politik negara yang agak panas ini, penulisan boleh dijadikan bahan fitnah oleh pihak yang membenci Annuar dan usahanya mempertahankan agenda Penyatuan Ummah. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas