Berita

Penjaja lesen sementara mohon tempoh niaga dipanjangkan

TEMPOH empat jam yang diperuntukkan, tidak cukup untuk peniaga juadah dan lauk pauk
- Diterbit 17 Februari 2021 8:05 AM MYT

BARU-BARU ini, salah seorang penjaja yang menerima lesen perniagaan sementara daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memohon agar waktu operasi niaga dipanjangkan.

Menerusi talian PERTIWI, dia memaklumkan, waktu empat jam yang diperuntukkan pada masa ini terlalu singkat.

Ujarnya, disebabkan tempoh tersebut, lauk pauk yang dijualnya tidak sempat habis dan mengakibatkan pembaziran.

“Saya minta panjangkan waktu berniaga lesen prihatin. Empat jam yang diberi tidak cukup.

“Lauk semua membazir. Harap prihatin YB (Menteri Wilayah Persekutuan),” katanya.

Permit sementara diberikan untuk tempoh tiga hingga enam bulan yang mana penjaja diberi pilihan sama ada berniaga antara pukul 7 pagi hingga 11 pagi; 11 Penjaja lesen sementara mohon tempoh niaga dipanjangkan pagi hingga 2 petang; 4 petang hingga 7 malam atau 7 malam hingga 12 tengah malam.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas