Berita

Penggantian lif, penduduk harap masalah lif tidak berulang

KEADAAN pelitup bumbung lif yang rosak dan jatuh di Perumahan Awam Sri Labuan membahayakan penggunanya.
- Diterbit 8 Mei 2021 8:39 AM MYT

MUKADDIMAH

MASALAH lif rosak di kawasan perumahan strata terus mem belenggu peng huninya terutama di bangunan yang berusia lebih 30 tahun, selagi pembangunan semula tidak dilakukan.

Keadaan lebih memburuk apabila pihak kontraktor yang diamanahkan, seolah-olah melepaskan tangan dalam isu penyelenggaraan selepas m ereka dihubungi untuk membaiki lif yang rosak.

Tidak kurang juga sikap badan pengurusan bersama (JMB) yang sering mengabaikan tahap keselamatan penduduk setempat sehingga acap k ali dilaporkan insiden kematian akibat kerosakan lif.

Selain itu, mereka juga sering memberi alasan bayaran penyelenggaraan tidak d iterima sepenuhnya daripada pemilik strata sehingga menyukarkan tindakan diambil apabila berlaku sebarang kerosakan.

Sikap sebilangan penghuni perumahan strata yang tidak cekap dan sering membuat vandalisme juga menyebabkan ‘aset berharga’ itu sering rosak walaupun selepas dua jam dibaiki.

BARU-BARU ini tular di media sosial keadaan lif di sebuah flat sekitar ibu negara yang sangat uzur dengan pelindung di bahagian atasnya tercabut selain dilimpahi air ketika hujan lebat berlaku.

Aduan sama turut diterima daripada penduduk di Perumahan Awam Sri Sabah, Kuala Lumpur yang terpaksa menggunakan tangga untuk ke rumahnya di tingkat 17 selama beberapa hari, selepas lif di bloknya rosak.

Menurut penduduk setempat, D Malaruvanan, 43, kerosakan itu menyebabkan penghuni kategori warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan wanita hamil terbeban terutama yang berada di aras paling tinggi.

Ujarnya, keadaan lif sangat membahayakan nyawa pengguna kerana berada d alam keadaan uzur selain sering mengalami kerosakan seperti tiba-tiba berhenti. Malah dia memberitahu, tahun lalu berlaku satu kemalangan maut di flat perumahannya yang membabitkan seorang penghuni berusia 50 tahun.

“Dia terjatuh ke atas bumbung lif selepas memasukinya. Pintu terbuka, tetapi lif berada di bawah dan kemungkinan dia tidak perasan kerana sudah kebiasaan, apabila pintu terbuka, kita akan terus melangkah masuk tanpa mengamati keadaan persekitaran,” katanya kepada Wilayahku pada Rabu.

Malaruvanan yang tinggal di flat berkenaan sejak 34 tahun lalu turut memaklumkan, masalah lif sering berlaku walaupun penyelenggaraan dilakukan dan kadang kala kontraktor hanya m enukar kerosakan yang d ihadapi penduduk seperti kehilangan butang lif.

Mengulas tentang penggantian lif yang sedang dilakukan, dia berkata, projek yang dilakukan pada masa ini adalah kali kedua selepas 15 tahun lalu.

Ujarnya lagi, kesukaran yang dialami penduduk juga berkemungkinan berterusan sekiranya lif yang sedang diganti ini masih menggunakan teknologi lama berikutan lif baharu pada 15 tahun lepas hanya mampu bertahan selama lima tahun sahaja.

Ini kerana katanya, kerosakan sering berlaku apabila p enggunaan lif sangat tinggi disebabkan kapasiti penduduk yang semakin meningkat setiap tahun.

“Kita mengharapkan lif ditukar secara keseluruhan supaya kerosakan tidak berlaku d alam tempoh yang singkat. Saya dimaklumkan bahawa penggantian dibuat bagi satu lif di setiap blok. “Setiap blok ada dua lif dan tukar satu.

Keseluruhan penggantian mengambil masa dua tahun yang mana penggantian baharu ini mengambil masa satu tahun,” jelasnya yang serik berhadapan dengan kerosakan lif.

Dalam pada itu, Malaruvanan juga berharap penduduk setempat bersabar, sementara menantikan penggantian lif baharu yang sedang dilakukan.

Dia turut menyeru supaya lif baharu itu dapat diguna pakai dengan sebaiknya.

INFO Maut akibat lif

27 Januari 2021 – Seorang pekerja penyelenggaraan maut selepas tersepit pada lif di pangsapuri bangunan Summer Mall, Kota Samarahan, Sarawak.
16 November 2020 – Seorang penghantar air batu berdepan detik cemas apabila terperangkap selama 15 minit di dalam sebuah lif Flat Taman Skudai Baru, Johor.
2 Oktober 2020 – Seorang lelaki maut akibat tersepit ketika sedang menyelenggara lif di Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9, Putrajaya.
2 September 2020 – Seorang lelaki berusia 50 tahun maut akibat terjatuh di atas bumbung lif di Flat Seri Sabah, Kuala Lumpur.
22 Ogos 2020 – Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam lubang lif dari tingkat lima sebuah tapak pembinaan, di Lintang Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang.
21 Ogos 2020 – Dua lelaki berusia 20-an cemas apabila terperangkap kira-kira 20 minit di dalam lif Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuala Selangor, Selangor.
9 Ogos 2020 – Dua remaja lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap hampir sejam dalam lif di tingkat 18 di bangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) Gayang Ria I, Tuaran Sabah.
31 Mei 2020 – Seorang pekerja penyelenggaraan lif warga Indonesia maut selepas tersepit ketika melakukan kerja-kerja membaik pulih lif di sebuah hospital swasta di Larkin, Johor.
23 April 2020 – Seorang pekerja syarikat penghantaran barang maut selepas tersepit di lif ketika sedang memunggah barang di stor sebuah pasaraya, di Kingfisher, Kota Kinabalu, Sabah.
28 Februari 2020 – Lelaki Myanmar meninggal dunia selepas kepalanya tersepit di lif pengangkut barang ketika sedang bekerja di sebuah kilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
28 Ogos 2019 – 15 pengunjung sebuah pusat beli-belah di Alor Setar, Kedah panik apabila terperangkap hampir 15 minit selepas lif berkenaan rosak.
2 Ogos 2019 – Empat pengunjung Kompleks Agama Bandar Baru Kuala Selangor, berdepan detik cemas apabila terperangkap hampir 30 minit di dalam lif bangunan itu.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas