Berita

Pengeluaran KWSP: RM72 bilion ke mana dibelanjakan?

PELABURAN hartanah, saham dan emas mempunyai risiko yang tinggi dan boleh merugikan jika individu terlibat tidak mempunyai ilmu asas berkaitan. ELABURAN hartanah, saham dan emas mempunyai risiko yang tinggi dan boleh
- Diterbit 5 April 2021 6:05 AM MYT

KIRA-KIRA 11 juta pencarum skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mengeluarkan wang mereka yang melibatkan kos keseluruhan hampir RM72 bilion.

Daripada jumlah itu, beberapa individu dipercayai mengalami kerugian ‘hangus’ akibat terpedaya dengan janji manis penipu termasuk menjadi mangsa Love Scam warga Nigeria.

Namun, majoriti pencarum memanfaatkannya dengan membuat pelaburan dalam bentuk simpanan mahupun pembelian aset bernilai seperti emas dan hartanah.

Tidak kurang juga yang menggunakannya untuk melangsaikan hutang pinjaman bank serta dijadikan modal perniagaan selain simpanan tunai kecemasan.

Bagi Mohd Zaki Manan yang bertugas sebagai akauntan di salah sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur, duit i-Sinar yang diperolehnya dimanfaatkan untuk mengurangkan komitmen bulanan selepas terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Duit i-Sinar yang diperoleh, saya gunakan dengan cara berhemah dan bukan untuk berhibur,” katanya kepada Wilayahku.

i-SINAR: PENCARUM B40 TIDAK MELABUR

Mungkin golongan T20 memanfaatkan duit i-Sinar untuk pelaburan saham dan pembelian emas di samping mengumpul aset hartanah.

Namun bagi golongan M40 dan B40, duit simpanan yang ditetapkan pengeluaran pada usia emas nanti dimanfaatkan untuk belanja bulanan selain menjadi medium untuk melangsaikan tunggakan hutang selepas terjejas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

MOHD ZAKI

Menurut akauntan, Mohd Zaki Manan, duit yang dikeluarkannya itu turut dijadikan simpanan tunai supaya boleh digunakan pada waktu kecemasan.

Katanya, simpanan tunai penting berikutan ekonomi semasa sukar dijangka pada masa ini.

Sementara itu, blogger, Roni Hidayat memberitahu, usaha kerajaan membenarkan pengeluaran caruman persaraan itu membolehkan rakyat ‘keluar’ daripada masalah kewangan yang dihadapi.

Ini kerana, katanya, duit caruman itu sudah digunakan untuk melangsaikan hutang sekali gus mengurangkan bebanan kewangan yang dialami.

Perkara yang sama turut dilakukan Rosli Manah yang pernah kehilangan pekerjaan sebelum ini.

“Sudah tentu pengeluaran duit i-Sinar sangat penting kepada saya. Apabila diberhentikan kerja, banyak hutang tertunggak dan melalui duit i-Sinar saya selesaikan sebahagian besar daripadanya.

“Walaupun saya tidak sempat untuk membuat simpanan, saya lega kerana banyak masalah dapat diselesaikan,” katanya yang kini menjana pendapatan melalui perniagaan.

Menurut pekerja swasta, Shikin Hassan pula, wang simpanan persaraan yang dikeluarkan awal itu dijadikan ‘pelaburan tunai’ untuk kegunaan waktu kecemasan.

Katanya, ia tetap dibelanjakan untuk kegunaan rutin harian namun bukan bertujuan menunjuk kemewahan.

“Dalam keadaan sekarang, usahlah berboros. Berbelanja untuk perkara yang penting sahaja. Jangan sampai nak habiskan duit i-Sinar dalam masa singkat sedangkan banyak lagi kesukaran hidup pada masa depan yang kita tak tahu,” ujarnya.

SUHAILY

Bagi Pegawai Menara Kuala Lumpur, Suhaily Sahad, pekerja sepertinya juga memerlukan duit i-Sinar kerana turut mempunyai komitmen yang perlu dilunaskan.

Malah katanya, gaji bulanan juga tidak cukup untuk menampung kehidupan lebih-lebih bagi keluarga yang besar, oleh itu, pengeluaran i-Sinar amat membantu.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas