Biz

Pengasas produk cabar diri untuk langsing, tidak mahu tipu pelanggan

|PENGASAS Nie Dior Cosmetic Muhammad Mustakim Lokman Hakim (tengah)
- Diterbit 4 Jun 2022 10:30 PM MYT

TUBUH langsing sudah tentu menjadi idaman sesiapa sahaja tidak kita lelaki atau wanita.

Disebabkan itu, terdapat sesetengah orang silap mengambil makanan tambahan atau suplemen yang boleh membantu untuk langsing.

Ini kerana sikap terlalu taksub mahu menurunkan berat badan tanpa mengkaji terlebih dahulu suplemen yang diambil.

Pengasas produk Nie Dior Cosmetic, Muhammad Mustakim Lokman hakim dipuji ramai apabila mengaku mahu menguji dirinya sendiri yang kini mengalami berat badan berlebihan.

“Untuk membuktikan keberkesanan produk Dior Plus (rangkaian produk Nie Dior) yang membantu dalam pelangsingan, saya akan jadi orang pertama yang menggunakannya. Saya akan tengok berapa banyak berat akan turun dalam masa tujuh hari.

“Saya tak nak sekadar cakap sahaja, sebaliknya saya nak bukti yang kukuh. Apabila pengasas produk sendiri yang minum, tidak timbul isu ketidakpercayaan terhadap produk ini. Biar pelanggan nampak kesannya.

“Saya pun ada gambar-gambar terkini. Rasanya para media pun ada. Jadi itu boleh menjadi bukti berat badan saya akan turun nanti. Insya-Allah,” katanya.

Mustakim dan pengasas bersama produk, Zamzuri Mohammad ditemui pada sidang media Majlis Pelancaran Produk Nie Dior di Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PENGASAS Nie Dior Cosmetic Muhammad Mustakim Lokman Hakim (tengah)
dan Zamzuri Mohammad (Kanan) bersama Pengarah MARA Wilayah Persekutuan.

Ditanya tentang ramai pengasas produk lebih gemar tampil ke depan dan mencipta pelbagai content viral untuk popular, ini jawab Mustakim.

“Sebagai founder sebenarnya saya tak suka sangat viral. Saya tak kisah siapa-siapa pun yang dikenali. Mungkin saya naikkan saya punya model atau wakil produk. Saya dari belakang saja.

“Saya lebih suka macam tu. Biar orang tertanya-tanya siapa pengasas produk ni.

“Kalau ada pengasas yang dikenali dan suka nak ke depan, bagi saya itu bonus untuk dia. Bila dia dah ada nama dan popular, rakyat Malaysia ni mudah terpengaruh, jadi secara tak langsung ramai akan follow dia.

“Apa yang dia lakukan, sentiasa menjadi perhatian termasuklah produk-produk yang dibawanya,” jelasnya.

MUSTAKIM cabar diri untuk langsing sebagai bukti keberkesanan produknya.

Mustakim juga berharap impiannya untuk membantu ramai usahawan yang terjejas selepas pandemik COVID-19 ini menjadi kenyataan dan terus disokong.

“Apa-apa pun saya lebih suka low profile. Target saya bukanlah nak kaya semata-mata, apa yang penting adalah niat saya untuk membantu stokis dan ejen tercapai. Saya tahu, ramai yang terjejas teruk ketika negara dalam tempoh pandemik COVID-19.

“Ini peluang yang saya berikan kepada mereka. Bukan sahaja untuk jana pendapatan, tetapi juga timba ilmu dan membina keyakinan diri berhadapan dengan orang luar. Dalam bisnes mesti berhadapan dengan orang ramai, Kalau tak susah nak maju.

“Andai kata suatu hari nanti mereka mempunyai rezeki produk sendiri, saya cukup berbesar hati,” ujarnya lagi yang turut memperkenalkan produk-produknya yang lain iaitu Dior Mix, Whitening Gold Serum, Whitening Lotion, Beaute Lip Matte dan banyak lagi.

Dalam perancangan lain, Nie Dior akan terus berkembang dengan pelbagai lagi rangkaian produk dan bakal meluaskan pasaran di luar negara seperti di Indonesia, Bangladesh dan banyak lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas