Selebriti

Pengarah filem Azhari Zain meninggal dunia

- Diterbit 24 November 2022 12:34 AM MYT

PENGARAH filem Azhari Zain,50, menghembuskan nafas terakhir pukul 12.05 tengah malam tadi selepas sembilan bulan terlantar akibat serangan angin ahmar.

Menurut isterinya, Wahizatul Nureen Azmi suaminya meninggal dunia di kediaman mereka di Sunway Alam Suria, Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, Azhari yang mengalami strok sejak Februari lalu dibenarkan pulang ke rumah selepas tiga bulan dirawat di hospital.

Antara filem arahan beliau adalah Siku 12: Langkah Derhaka (2022) Hantu kelima, Sabda Kekasih, Petaka (2021) dan banyak lagi.

Azhari Zain juga antara Pengarah Lakon Layar yang sangat berkarisma dalam kebanyakkan filem-filem arahan Prof Datuk Abdul Razak Mohaideen.

Beliau juga adalah pensyarah di UiTM Puncak Perdana dengan jawatan terakhir beliau adalah Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Falkulti Filem, Teater Dan Animasi.

Beliau meninggalkan seorang balu Puan Wahizatul Nureen Azmi dan mempunyai 3 orang anak (2 perempuan & 1 lelaki)

Jenazah beliau kini berada di rumah arwah Sunway Alam Suria, Jenazah akan dibawa ke Masjid Ar Raudah Puncak Perdana jam 8 pagi untuk dimandikan dan dikafankan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Paip, Meru Klang sekitar jam 10 pagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas