Utama

Penduduk PPAM Pudina persoal ketulusan pemaju

PUDINA PEMAJU
SURAT yang dilampirkan kepada Weststar bagi memaklumkan aktiviti gotong royong yang akan diadakan.
- Diterbit 5 Ogos 2019 9:47 AM MYT

PUTRAJAYA – Ketiadaan pemaju Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Pudina, Presint 17 di sini semasa beberapa aktiviti gotong royong diadakan seolah-olah syarikat tersebut tidak tulus dalam membaiki kerosakan yang berlaku.

Difahamkan, pihak terbabit cuba memutar belit dengan menyatakan Weststar Construction Sdn. Bhd. tidak dimaklumkan berkenaan gotong royong yang diadakan pada 22 Jun lalu dan juga isu denggi yang melanda penduduk.

Malah, pada kali ini, pihak berkenaan juga terus mendiamkan diri walaupun telah dimaklumkan mengenai gotong royong menerusi email dan aplikasi WhatsApp.

Pengerusi Persatuan Penduduk PPAM Pudina, Azhar Hassan berkata, pihak Weststar telah dijemput secara rasmi melalui surat untuk turut hadir Gotong Royong Perdana Pudina kali ke-2 yang telah diadakan semalam namun seperti dijangka pemaju tidak muncul tiba.

“Perkara sama berlaku semasa gotong royong pertama diadakan pada 22 Jun lalu. Weststar juga memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan Pejabat Kesihatan Putrajaya (PKPj) bahawa pihak mereka langsung tidak dimaklumkan.

“Berbeza halnya dengan Pemaju PPAM Kasturi, Pembinaan Mitrajaya Sdn. Bhd. (PMSB). Biarpun hanya sekadar jiran Pudina, namun PMSB cakna perihal dan isu yang berlaku sehingga sudi memghantar 10 orang pekerja untuk turut sama bantu dalam gotong royong,” katanya kepada Wilayahku di sini hari ini.

Berdasarkan rekod, Pudina mencatatkan satu kes kematian dengan bilangan kes tertinggi di Putrajaya. – WILAYAHKU

SURAT yang dilampirkan kepada Weststar bagi memaklumkan aktiviti gotong royong yang akan diadakan.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas