Berita

Pemenang ‘The Big Win’ bawa pulang Proton X50 Flagship

ANDREW (kiri) menyerahkan hadiah utama ‘The Big Win’ berupa Proton X50 Flagship kepada
- Diterbit 6 Ogos 2022 6:00 AM MYT

PEMENANG utama Kempen Cabutan Bertuah ‘The Big Win’, Rabiatul Afiqah Mohd Rahim, 30, tidak menyangka dapat membawa pulang sebuah Proton X50 Flagship pada Majlis Penyerahan Hadiah Utama yang diadakan di Centre Court Pusat Beli-Belah Alamanda, baru-baru ini.

Berkongsi keterujaan apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama, Rabiatul menganggap ia merupakan rezeki yang tidak disangka-sangka memandangkan peraduan tersebut disertai lebih 4,000 peserta.

“Saya sangat terkejut dan tidak percaya boleh memenangi cabutan bertuah ini semasa menerima panggilan dari pihak Alamanda. Agak kerap juga saya menyertai pertandingan cabutan bertuah sebelum ini tetapi ‘tuah’ saya belum kunjung tiba sehingga saat ini,” ujar suri rumah itu.

Tambahnya, dia seringkali mengunjungi Alamanda memandangkan ibu dan abangnya tinggal berdekatan.

“Lokasi Alamanda yang sangat strategik ini memudahkan perjalanan ke sini dan segala-galanya boleh didapati di syurga membeli-belah ini,” katanya yang menetap di Seremban.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien, berkata Kempen Membeli-belah ‘The Big Win’ setiap pembelian bernilai RM300 di kedai terpilih dengan maksimum dua resit pembelian, melayakkan pembeli menerima sekeping baucar beli-belah bernilai RM30 dan layak untuk menyertai pertandingan cabutan bertuah yang tamat pada 26 Jun lalu.

“Hadiah utama Proton X50 yang ditawarkan adalah varian ‘Flagship’ yang dilengkapi dengan kepelbagaian ciri dan spesifikasi premium dan menarik.

“Kejayaan kempen ini adalah hasil usaha kolaborasi bersama pihak Alamanda dan pengedar sah Proton Malaysia, The Apple Auto Services & Tyres Sdn Bhd yang berlokasi di Bandar Baru Bangi,” jelasnya berkenaan kempen tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut Pengurus Besar Alamanda, Pang Sook Fong dan Ketua Pegawai Eksekutif The Apple Auto Services & Tyres Sdn Bhd, Vincent Phang. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas