Berita

Pembinaan terowong Jalan Yatim Yahaya – Setiawangsa bermula September ini

- Diterbit 11 Ogos 2022 4:29 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja untuk menyiapkan Terowong Jalan Yatim Yahaya – Jalan Setiawangsa yang dijangka bermula pada September ini.

Menurut Unit Medianya, pembinaan itu mengambil masa 12 bulan untuk disiapkan.

“Sepanjang tersebut, penutupan jalan dan lencongan sedia ada akan diteruskan sehingga projek siap sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, DBKL akan memastikan pengurusan trafik yang diuruskan oleh kontraktor yang dilantik berada dalam keadaan teratur serta keadaan jalan lencongan berada dalam keadaan baik untuk digunakan oleh semua pengguna jalan raya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas