Berita

Pelan Antirasuah JAS ke arah integriti dan tadbir urus lebih baik

- Diterbit 15 Januari 2021 3:32 PM MYT

PELAN Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Alam Sekitar (JAS) menggariskan tujuh objektif strategik dan 44 inisiatif bagi tempoh 2020-2024, selaras dengan visi pembangunan lestari dalam memajukan negara secara profesional dan berintegriti.

Ketua Pengarah JAS Norlin Jaafar berkata OACP ini akan menjadi panduan ke arah melaksanakan agenda integriti dalam JAS secara holistik.

“Saya bersama seluruh warga JAS beriltizam melaksanakan pelan ini bagi menjadikan negara ini sentiasa bebas daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

“JAS sentiasa berkhidmat dengan penuh dedikasi dan berintegriti dalam menjalankan amanah demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pelan itu berteraskan strategi utama iaitu memantapkan kecekapan, ketelusan dan integriti tugas-tugas penguatkuasaan, pencegahan dan kawalan pencemaran; memastikan pembangunan secara lestari dalam proses kemajuan negara dan memantapkan kualiti penyampaian perkhidmatan JAS. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas