Berita

Pelakon Puteri Aishah positif Covid-19

PUTERI AISHAH disahkan positif Covid-19.
- Diterbit 8 April 2020 5:19 AM MYT

Dalam situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda, dunia seni dikejutkan apabila pelakon Puteri Aishah turut disahkan positif.

Berita tersebut disampaikan pengurusnya, Iman Tang di laman instagram peribadinya.

“Dia baru sahaja disahkan positif Covid-19. Tolong doakan supaya dia cepat sembuh,” tulis Iman.

Berita mengejutkan itu turut mengundang simpati rakan-rakan artis yang rata-ratanya membanjiri ruangan komen di laman instagram Puteri Aishah.

“Sentiasa berfikir positif. Anda mampu melawan virus,” tulis pelakon Elfira Loy.

Puteri Aishah bersama krew drama Demi berlepas ke Scotland pada 9 Mac sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan tiba di Malaysia pada 31 Mac lalu.

Difahamkan pengarah drama, Rahila Ali dan empat kru produksi yang menjalani penggambaran sama turut disahkan positif Covid-19.

Selain Puteri Aishah, pelakon Ashraf Muslim, Ben Amir, Puteri Rayyana Rayqa dan Hasnul Rahmat juga menjalani penggambaran drama 26 episod ini yang diadaptasi daripada novel untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas