Selebriti

Pelakon drama Sitik Tok, Syazlin Zainal meninggal dunia

- Diterbit 10 November 2022 3:45 PM MYT

PELAKON dan pempengaruh, Syazlin Zainal, 26, dilaporkan meninggal dunia petang tadi.

Berita mendukakan tersebut dikongsikan sahabat dan juga sepupunya menerusi media sosial sebentar tadi.

Rakan Syazlin iaitu Zeatyalia turut berkongsi rasa sedih di Instagram Story miliknya sebentar tadi.

“Tidak ada kenyataan lain yang akan dikongsikan. Saya perlu menghormati privasi keluarganya.

“Saya kehilangan rakan hari ini. Saya tidak tahu bagaimana untuk luahkan perasaan saya sekarang ini. Saya juga sedang memahami apa yang berlaku,” tulisnya.

Difahamkan, Syazlin meninggal di Johor dan punca kematian masih dalam siasatan.

Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Oh My Hantaran, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.

Allahyarham adalah anak bongsu daripada lima adik-beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas