Berita

Pelajar terkandas di luar negara ditanggung penaja masing-masing

ANTARA pelajar Malaysia yang berjaya pulang ke tanah air semalam. Foto Facebook Malaysia Education Division
- Diterbit 3 April 2020 9:50 AM MYT

PUTRAJAYA – Ibu bapa tidak perlu bimbang terhadap nasib anak mereka terutamanya yang telah tamat pengajian namun terkandas di luar negara susulan Covid-19 kerana kebajikan mereka sentiasa terjamin.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah bersetuju melalui penaja para pelajar berkenaan untuk  menanggung tempat tinggal dan makanan mereka.

Katanya, penaja tersebut termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Petronas dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“Ramai menyatakan anak mereka sepatutnya pulang. Mereka tidak mampu untuk membayar sewa rumah, membeli makanan dan sebagainya.

“Jadi kerajaan melalui penaja ini akan bantu mereka,” katanya pada sidang akhbar khas hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas