Berita

Pelajar SMA MAIWP lawat pesakit di HKL

NORMAZILA (dua dari kiri) memangku bayi yang baru dilahirkan oleh Nur Atikah ketika menziarahi rumahnya di Presint 11 baru-baru ini.
- Diterbit 7 November 2019 7:04 AM MYT

ILMU. Seramai 10 pelajar Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) bersama dua oguru pengiring telah mengadakan lawatan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai pengisian hari kokurikulum baru-baru ini.

Dalam lawatan tersebut, selain menyantuni pesakit, pelajar juga menyerahkan buah tangan untuk setiap pesakit dan pegawai kesihatan yang mengiringi mereka.

Pelajar juga didedahkan mengenai cara untuk menukar cadar pesakit dan mendapat penerangan tentang penyakit yang mudah merebak terutamanya tibi. Jumlah pesakit tibi semakin meningkat yang dibawa oleh pekerja asing.

Oleh itu, kebersihan dan etika perlu diambil berat misalnya apabila batuk, mulut perlu ditutup.

Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar berkenaan mendapat ilmu dan pengalaman hasil lawatan ke HKL.

Aktiviti ini merupakan satu usaha untuk memupuk ihsan dalam hati mereka di samping memenuhi keperluan kurikulum.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas