Berita

Palestin gesa antarabangsa tekan Israel benarkan penghantaran vaksin COVID-19 ke Gaza

5 Mac -- Vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech yang disuntik menggunakan picagari khas 'Low Dead Volume' (LDV) ketika tinjauan media di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu MAEPS 2.0 hari ini.
- Diterbit 17 Februari 2021 4:05 AM MYT

PALESTIN pada Selasa menggesa masyarakat antarabangsa segera campur tangan dengan memberi tekanan kepada Israel supaya membenarkan penghantaran vaksin COVID-19 ke Semenanjung Gaza yang dikepung, lapor Agensi Berita Xinhua.

Jurucakap kerajaan Palestin Ibrahim Milhem dalam taklimat media di kota Ramallah di Tebing Barat berkata tindakan Israel menghalang kemasukan vaksin COVID-19 ke Gaza “melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.”

Beliau menggesa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) “mengutuk tindakan Israel dan  segera menekan Israel untuk membenarkan penghantaran vaksin ke Semenanjung Gaza.”

Pada Isnin, Menteri Kesihatan Palestin Mai al-Kaila menuduh Israel menyekat penghantaran kumpulan pertama sebanyak 2,000 dos vaksin Sputnik Rusia ke Semenanjung Gaza.

“Dos itu akan diberi kepada kakitangan perubatan di unit rawatan intensif pesakit COVID-19 dan petugas di jabatan kesihatan kecemasan,” kata al-Kaila. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas