Lensa

Orang ramai patuhi kempen penjarakan sosial

- Diterbit 23 Mac 2020 10:27 AM MYT

SELEPAS enam hari Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu pelbagai kempen dilakukan bagi memutuskan jaringan penyebaran wabak Covid-19 di negara ini.

Penjarakan sosial antara salah satu kempen yang dilancarkan selain kerap mencuci tangan dan memakai hand sanitizer (pembasmi kuman), tidak berada di dalam aktiviti berkumpulan dan duduk di rumah.

Tinjauan Wilayahku di beberapa pusat membeli belah di sekitar Kuala Lumpur mendapati, kebanyakan premis perniagaan itu mematuhi saranan dengan menggalakkkan pelanggan berdiri dalam jarak 1 meter antara satu sama lain ketika beratur membuat pembayaran.

Sesetengah pasar raya menyediakan garisan untuk pelanggan mereka menjarakkan diri antara satu sama lain.

Pihak berkuasa juga mengeluarkan arahan agar pusat beli belah meminimumkan pelanggan mereka dalam satu-satu masa dan hanya mensyaratkan hanya seorang ahli keluarga keluar membeli barangan keperluan asas.

ORANG ramai disaring suhu badan terlebih dahulu sebelum dibenarkan memasuki pasar raya Giant.
PIHAK pasar raya meletakkan notis supaya pelanggan dapat berdiri dengan jarak 1 meter.
GARISAN merah disediakan supaya pelanggan dapat berada dalam jarak 1 meter antara satu sama lain.
PELANGGAN beratur dalam jarak yang telah disediakan pihak pasar raya ketika membuat pembayaran.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas