Lensa

Orang ramai masih ke pasar seperti biasa

ORANG ramai beratur panjang sebelum dapat masuk ke Pasar Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur pagi ini. Foto NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 27 Mac 2020 3:33 AM MYT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak menutup beberapa laluan keluar masuk ke Pasar Jalan Raja Bot atau Pasar Chow Kit untuk menyekat orang ramai bersesak ke pasar itu mulai hari ini.

Namun langkah itu nampaknya tidak memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk mengehadkan aktiviti apabila mereka masih datang ke pasar seperti biasa.

Ia seolah-olah bukan waktu Perintah Kawalan Pergerakan.

Walaupun yang datang dipercayai wakil keluarga, mereka sanggup beratur panjang sebelum dapat masuk ke dalam pasar seawal 7 pagi.

Sebagai langkah keselamatan bagi mengelak penularan wabak Covid-19, pihak keselamatan terpaksa mendaftarkan setiap pelanggan yang datang dan mereka perlu menjalani pemeriksaan suhu badan terlebih dahulu. – WILAYAHKU

SUASANA sesak masih berlaku ketika orang ramai beratur untuk membeli barangan keperluan di Pasar Jalan Raja Bot atau Pasar Chow Kit pagi ini.
ORANG ramai beratur seawal pukul 7 pagi untuk membeli barangan di Pasar Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur pagi ini.
ORANG kelihatan mematuhi peraturan penjarakan sosial ketika beratur untuk ke pasar.
WARGA kota terpaksa mendedahkan diri kepada risiko wabak Covid-19 bagi membeli keperluan harian di Pasar Jalan Raja Bot pagi ini.
ANGGOTA petugas keselamatan mengambil bacaan suhu badan untuk memastikan pelanggan yang masuk ke pasar tidak mempunyai simptom Covid-19 seperti demam.
ANGGOTA Rela mendaftarkan nama orang ramai yang datang ke Pasar Jalan Raja Bot sebagai langkah keselamatan. Foto NAZIRUL ROSELAN/Wilayahku
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas