Berita

Nur Fatima Aisya Nama Fattah Amin & Fazura

Nur Fatima Aisya yang lahir pada 2 Oktober lalu.
- Diterbit 9 Oktober 2020 10:04 AM MYT

Pasangan pelakon, Fattah Amin dan isteri, Nur Fazura telah mengumumkan nama anak sulung mereka, Nur Fatima Aisya yang lahir pada 2 Oktober lalu.

Menerusi laman Instagram, Fattzuralovelife sebentar tadi, pasangan ini memuat naik sebuah video Fazura mengendong anaknya. 

Fattah dan Fazura mengumumkan nama anak sulung mereka, Nur Fatima Aisya yang lahir pada 2 Oktober lalu.

“Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu hari ini tapi Daddy dan Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.

“Tapi Fatima tahu ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties dan Uncles semua. Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia,” tulis kapsyen di entri tersebut.

Semoga Fatima membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. 

Fattah dan Fazura yang pernah berlakon dalam siri drama Hero Seorang Cinderella ini bernikah pada 27 November 2017. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas