Selera

Nikmati masakan kampung @ D Gateway Perdana Hotel

Bangi.||||||||PENGURUS Front Office D Gateway Perdana Hotel
- Diterbit 24 April 2022 3:34 AM MYT

MAHU berbuka puasa dengan hidangan masakan tradisional tanpa perlu balik kampung?

Bufet Ramadan D Gateway Perdana Hotel, Bangi merupakan salah satu destinasi tepat untuk anda berkunjung dan berbuka puasa bersama ahli keluarga atau kenalan.

MUHAMMAD Syukri sentiasa memastikan masakan kampung yang disediakan menepati kualiti yang telah ditetapkan.

Menurut Pengurus Jualan syarikat catering Pengkalan Selera yang menguruskan bufet Ramadan untuk D Gateway Perdana Hotel, Muhammad Syukri Mahruz,36, masakan kampung yang dibawanya menepati citarasa ramai.

“Setiap kali tiba Ramadan, kami juga seperti kebanyakan tempat lain turut membawa tema masakan kampung untuk bufet kali ini.

“Bukanlah mahu menidakkan menu masakan lain, hakikatnya menu kampung mempunyai permintaan yang tinggi sebagai juadah berbuka puasa.

“Di sini, juadah seperti daging salai masak lemak cili padi, ikan patin tempoyak, ikan asam pedas Nyonya, cendawan dan masak lemak cili api serta Kambing Gunting menjadi tarikan utama.

“Ini kerana, sentuhan rasa masakan kampung pada menu-menu ini sangat dekat dengan jiwa pelanggan yang hadir,” katanya yang menitikberatkan kualiti masakan kampung demi kepuasan pelanggan.

ANTARA juadah masakan kampung di Bufet Ramadan D Gateway Perdana Hotel, Bangi.

Bufet Ramadan D Gateway Perdana Hotel menawarkan lebih 70 jenis juadah sepanjang Ramadan ini.

Antara menu lain yang disediakan adalah Asam Pedas Ikan Pari, Pajeri Nenas, Gulai Kawah, Daging Masak Hitam, Sambal Udang, Keli Masak Berlada, Paprik Campur, Tomyam Campur, Ikan Masak Sambal, Ayam Masak Kicap, Pucuk Manis Masak Lemak dan banyak lagi.

Selain itu, tarikan lain yang pastinya menyelerakan adalah kambing bakar aneka jenis kuih muih, air panas dan air balang.

PENGURUS Front Office D Gateway Perdana Hotel, Kartini Mohamad

Menurut Pengurus Front Office, Kartini Mohamad, selain menu-menu yang menyelerakan, D Gateway Perdana Hotel juga menyediakan pelbagai kemudahan buat pelanggan.

“Pelanggan boleh menikmati hidangan dengan selesa di Ballroom kami yang luas. Dekorasi pun menarik.

“Pelanggan bufet kami jangan risau kerana kemudahan surau lelaki dan wanita yang disediakan di aras yang sama dengan tempaylt bufet. Tak perlu risau kerana surau kami sangat selesa.

“Selain itu, kami mempunyai 35 bilik pelbagai kategori dan dewan untuk anjurkan apa sahaja majlis.

“Kalau mahu buat majlis atau acara tertutup juga kami boleh sediakan. Ini kerana ada juga keluarga dan kakitangan pejabat yang mahu berbuka puasa sesama mereka.

Harga bufet Ramadan yang ditawarkan adalah RM 70 untuk dewasa serta RM 48 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas berumur 65 tahun ke atas.

D Gateway Perdana Hotel ini terletak di Plaza Bangi Perdana, Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor. – WILAYAHKU

Untuk tempahan atau maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03-89289077 atau Instagram dan Facebook: D Gateway Perdana Hotel.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas