Nasyid masih relevan – Syahril Inteam

Nasyid masih relevan – Syahril Inteam

MUNGKIN irama nasyid tidaklah semeriah dulu, namun pejuang irama nasyid tidak sesekali meletakkan titik noktah, sebaliknya terus berjuang dalam memastikan irama berkenaan kekal relevan.

Ketua kumpulan nasyid Inteam, Mohd Syahril Ab Khalid berkata, irama nasyid tidak pernah hilang dari radar industri muzik dan terus diminati.

“Irama nasyid masih relevan. Walaupun tak meriah seperti dulu, tapi Alhamdulillah sentiasa ada jemputan terutamanya dalam perayaan-perayaan besar Islam seperti Awal Muharam, Maulidur Rasul dan sebagainya.

“Sehingga kini, kami masih dapat jemputan dan insya Allah sentiasa relevan.

“Apa-apa pun itu (irama nasyid) bergantung kepada penerimaan masyarakat. Kami sentiasa berada di situ untuk menyampaikan nasihat dan mesej-mesej Islam,” ujarnya yang menyambut baik usaha kumpulan-kumpulan yang bekerjasama dengan penyanyi bergenre komersial.

Misalnya Inteam pernah bekerjasama dengan penyanyi, Khai Bahar menerusi lagu Setanggi Syurga 2020.

“Sama seperti kami bekerjasama dengan penyanyi, Khai Bahar. Kami dapat luaskan lagi pendengar nasyid.

“Selepas ini pun, kami boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk mengembangkan lagi irama nasyid,” ujarnya lagi.

Inteam bersama Pertubuhan Dhuafa Sejahtera memberi petron percuma kepada 100 buah motosikal dan kenderaan e-hailing di Petronas Bandar Sri Damansara, baru-baru ini.

Dalam pada itu, In Team dengan kerjasama Pertubuhan Dhuafa Sejahtera turut menjalankan kerja-kerja dakwah dan kebajikan bersempena Mailudul Rasul SAW pada 24 Oktober lalu.

“Kami bermula pada pukul 9.30 pagi degan ceramah Maulidul Rasul SAW di Surau Nurul Iman, Bukit Saujana Utama, Sungai Buloh Selangor. Ceramah di sampaikan oleh Ustaz Dr Mohd Zamri Zainuldin (Dr Zamri MANTOP) dan alunan selawat oleh Inteam dan ahli jemaah surau.

“Seterusnya di teruskan ziarah ke beberapa buah rumah sekitar Bukit Saujana. Antaranya anggota Kumpulan Nasyid Rabbani yang di uji dengan kesihatan buah pinggang sekian lama, dan masih menerima rawatan,” katanya.

RAMAI rider dan pemandu e-hailing seronok diberikan minyak petrol percuma.

Selain itu, In Team bersama Dhuafa Sejahtera turut memberi petron percuma kepada 100 buah motosikal dan kenderaan e-hailing di Petronas Bandar Sri Damansara.

Turut disantuni selepas itu adalah 60 asnaf di Masjid Jumhuriah, Taman Dato Harun, Petaling Jaya Selatan yang rata-ratanya adalam miskin tegar dan terkesan dengan pandemik. – WILAYAHKU

 

Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )