Berita

Nasib murid, guru malang di Putrajaya dapat pembelaan

NAZIR menyampaikan sumbangan kepada wakil Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya. NAZIR menyampaikan sumbangan kepada wakil Jabatan Pendidikan Wilayah
- Diterbit 23 Disember 2020 9:22 AM MYT

MURID dan guru di Putrajaya yang ditimpa musibah sepanjang tahun ini dibela melalui sumbangan khas one off oleh Kelab Sukan Kebajikan dan Rekreasi The Musketeers Putrajaya.

Pengerusi kelab, Nazir Zakaria berkata, mereka mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan kepada murid dan guru yang terkesan dengan musibah agar mereka lebih cekal dan tabah untuk menghadapi harihari dan masa depan yang mencabar.

“Sumbangan secara one off kepada murid yang mengalami kemalangan jalan raya, anak Orang Kurang Upaya (OKU) di sekolah di sekitar Putrajaya dan juga kepada waris guru yang meninggal dunia,” ujarnya.

The Musketeers telah menyampaikan sumbangan kepada waris atau penjaga melalui medium rasmi di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) Putrajaya.

“Adalah diharapkan dengan sumbangan yang diberikan akan dapat meringankan beban penerima seterusnya menjadikan mereka lebih tabah menghadapi masa depan yang lebih gemilang.

“Kami berharap di masa hadapan lebih ramai pihak tampil untuk memberi sumbangan dan seterusnya akan mewujudkan komuniti yang prihatin dan penyayang,”katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas