Berita

NAIM DANIEL Kemalangan Jalan Raya

|BAHAGIAN hadapan remuk dan tayar kenderaan Naim Daniel rosak|NAIM Daniel popular dengan lagu Purnama
- Diterbit 17 Disember 2020 6:15 AM MYT

PENYANYI popular Naim Daniel telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada hari ini.

Menerusi instagram dan insta story miliknya, pelantun lagu Purnama itu menyatakan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

BAHAGIAN hadapan remuk dan tayar kenderaan Naim Daniel rosak

“Assalamualaikum everyone… Alhamdulillah, hari ini saya accident. Naim baru nak on the way pergi kerja. Boleh pulak accident.

“Guys, bila kita accident, operasi utama adalah, kalau ada insurans, call insurans dulu.

“Ambil dulu apa yang patut (dalam kereta) atau barang-barang berharga.

“Alhamdulillah, rahang saya jer terkehel,” tulisnya.

NAIM Daniel popular dengan lagu Purnama

Naim juga turut menunjukkan kenderaannya yang agak remuk di bahagian hadapan  dan tayarnya yang rosak akibat kemalangan tersebut.

Semoga segala urusan Naim Daniel dipermudahkan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas