Berita

Naikkan patin 9.2kg, Mohamad Abid sapu hadiah RM12,000

MOHD. Sahak (lima dari kiri) dan Mohd. Nazam (kanan) bergambar bersama pemenang JPKL siri akhir 2019 di Taman Tasik Metropolitan, Kepong baru-baru ini
- Diterbit 19 Disember 2019 5:02 AM MYT

KUALA LUMPUR – Kejayaan menaikkan seekor keli seberat 9.2 kilogram (kg) membolehkan seorang pemancing membawa pulang hadiah wang tunai Rm12,000 apabila muncul juara Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL), siri akhir 2019 di Taman Tasik Metropolitan, Kepong di sini baru-baru ini.

Kemenangan itu juga membolehkan Mohamad Abid Hasbullah, 20, dari Selayang yang menewaskan 1,300 pemancing membawa pulang hadiah iringan barangan keluaran Oyoshi, Igloo dan Pure Fishing (M) Bhd.

Muhammad Abid berkata, dia berasa terkejut dengan kemenangan itu dan merancang untuk menggunakan hadiah kemenangan tersebut untuk keperluannya yang baru sahaja tamat belajar.

‘’Saya masuk pertandingan memancing sekadar suka-suka tetapi tidak sangka pula dapat jadi juara. Kemenangan ini amat bermakna. Saya sangat bersyukur dan ini adalah hadiah buat ibu bapa saya selain berkongsi kemenangan bersama rakan-rakan,” katanya.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi Mazlan Mat Junoh, 50, selepas menaikkan patin seberat 8.135 kg dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

Tempat ketiga pula dimenangi Imam Bukhori, 33, selepas menjinakkan patin seberat 8.100 kg dan membawa pulang hadiah RM1,000 berserta barangan iringan Oyoshi, Igloo dan Pure Fishing.

Hadiah disampaikan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mohd. Sahak Surip. Hadir sama Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd. Nazam Harun.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas