Agama

Nafsu Lelaki Tidak Pernah Berkurang, Dibolehkan Poligami

- Diterbit 27 November 2020 4:00 AM MYT

POLIGAMI bermaksud mempunyai isteri lebih daripada satu iaitu dua, tiga atau had maksimumnya empat dalam satu masa.

Islam tidak menghalang seseorang untuk berkahwin lebih daripada seorang tetapi harus mengambil kira keadilan terhadap isteri-isteri  dan keluarga supaya tidak berlaku kezaliman moral.

Sebenarnya banyak kebaikan poligami dalam masyarakat. 

Antaranya dapat melahirkan zuriat terhadap pasangan yang tidak dapat melahirkan anak kerana mandul, sakit dan sebagainya.

Poligami juga adalah satu cara untuk melindungi wanita yang tidak mempunyai suami atau kehilangan suami seperti meninggal dunia di medan perang dan sebagainya.

Selain itu, poligami adalah salah satu cara untuk mengelakkan kaum lelaki daripada terjerumus ke kembah maksiat, kerana nafsu lelaki tidak pernah kurang. Sedangkan nafsu perempuan semakin berkurang dengan bertambahnya usia. 

Masyarakat kita perlu terima hakikat, poligami mampu mengekalkan kerukunan rumah tangga akibat krisis antara suami dan isteri terutamanya tentang masalah seks. 

Jadi, dengan adanya kebenaran poligami, keadaan suami kembali aman dan pergaduhan dapat dielakkan.

Itulah antara kebaikan poligami kepada masyarakat. 

Namun, dalam berpoligami mestilah mengikut syariat yang telah ditetapkan dalam Islam. Jika tidak, banyak masalah yang akan timbul. – WILAYAHKU

Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat – Dato’ Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen An. Hamid

Foto: instagram @ummu_tanzeela_hs

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas