Selebriti

Nafi Terlibat Video Seks, “Totally Not Me” – Model FAHRE GAFAR

Rozita Rohaizad juga berharap masyarakat menggunakan media sosial untuk kebaikan.|Selain aktif sebagai model dan penyanyi
- Diterbit 6 September 2020 1:22 AM MYT

BARU-baru ini tular di media sosial video seks sejenis yang melibatkan dua individu lelaki. 

Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila seorang model dan penyanyi baharu, Fahre Gafar dikaitkan kononnya mempunyai mirip wajah salah seorang pelaku dalam video tersebut.

Bengang dengan dakwaan itu, Fahre Gafar menjelaskan itu semua fitnah dan  wajahnya mirip pelaku tersebut adalah satu kebetulan. 

TEMAN baik Fahre, Rozita Rohaizad juga berharap masyarakat menggunakan media sosial untuk kebaikan.

“Apa yang boleh saya jelaskan, totally not me,” katanya kepada Wilayahku.

Fahre Gafar,32, mengaku terkilan apabila ada pihak yang cuba mengaitkan dirinya.

“Saya sendiri tidak sedar wujudnya video tersebut. Saya tidak fikir wajah saya dengan pelaku dalam video itu ada iras. 

“Namun saya tidak boleh halang pandangan orang. Kalau ada yang cakap muka kami ada iras, itu hanyalah kebetulan.

“Saya juga tidak tahu pun lokasi dalam video itu. 

“Dalam masa yang sama saya agak sedih kerana keluarga dan kawan-kawan ramai bertanyakan hal itu. Mujurlah mereka faham itu semua hanyalah kebetulan,” jelasnya lagi.

Semoga penjelasan daripada Fahre ini menangkis dakwaan negatif terhadap dirinya.

Pengajaran untuk semua secara umum, gunakanlah media sosial untuk kebaikan dan bukannya perkara negatif yang boleh mengaibkan diri serta orang lain. 

Pasal kerjaya, Fahre pernah muncul dengan lagu SelamaKu duetnya bersama Rozita Rohaizad. 

Lagu ini bertujuan untuk mempromosi Daerah Selama, Perak sebagai salah satu tarikan pelancongan.

Fahre juga akan muncul dengan lagu baharu tidak lama lagi. 

Selain itu, pemuda yang berasal dari Sabah ini juga seorang ejen hartanah dan menjual produk jus kurus serta vitamin yang mencerahkan kulit. (Instagram: @fahregafar).

Semoga Fahre terus sukses dalam seni dan bisnes. – WILAYAHKU

https://wilayahku.mentera.my/video-seks-model-dia-bukan-anak-ikan-saya-rozita-rohaizad/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas