Selebriti

Nad Zainal, Ungku Ismail nikah 23 Januari lalu

- Diterbit 29 Januari 2023 10:32 AM MYT

PASANGAN selebriti popular, Ungku Ismail Aziz dan Nad Zainal sah bergelar suami isteri pada 23 Januari lalu.

Menerusi hantaran dalam Instagram (IG), Nad mengesahkan kini bergelar isteri apabila memuat naik naik gambar bersama Ungku Ismail ketika majlis pernikahan berserta bukti mas kahwin berjumlah RM1,000.

“Alhamdulillah,” tulis Nad ringkas.

Turut tertera, tarikh kedua-duanya disatukan sebagai suami isteri iaitu pada 23 Januari lalu bersamaan dengan 1 Rejab 1444 Hijrah.

Berita gembira yang dikongsikan turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang meninggalkan ucapan tahniah dan mendoakan perkahwinan mereka.

Antara rakan artis yang menitipkan doa buat pasangan yang sedang popular dengan drama bersiri Cina Buta ini ialah Fazura, Elly Mazlein, Janna Nick dan ramai lagi.

“Selamat berbahagia di dunia akhirat. Amin,” tulis pelakon Nur Fazura.

“Alhamdulillah tahniah Nanad,” tulis pelakon dan pengacara Elly Mazlein.

“Congratulations (tahniah), sampai syurga korang (kalian),” tulis pelakon dan pengacara Janna Nick. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas