Selebriti

Nabila Razali tak cukup tidur balas mesej peminat

NABILA RAZALI
- Diterbit 20 April 2020 6:54 AM MYT

PENYANYI Nabila Razali mengaku tidak cukup tidur apabila dihujani lebih 40,000 mesej daripada peminat.

Semuanya gara-gara dia melunaskan janji untuk berkongsi nombor telefon setelah lagu terbaharunya, Peluang Kedua menerima lebih satu juta tontonan di laman YouTube.

Menurut Nabila, sebaik sahaja berkongsi nombor telefon di Instagram dua hari lalu, dia menerima bertalu-talu mesej melalui aplikasi Whatsapp sehingga telefon bimbitnya terpaksa di cas berkali-kali.

Tidak cukup itu, dia juga turut menerima ribuan panggilan telefon daripada peminat yang begitu teruja untuk berinteraksi dengannya.

“Saya tidak menyangka sampai begitu sekali panahan peminat sehingga saya sendiri pun tak cukup tidur menjawab. Namun saya gembira kerana dapat melayan mereka dengan lebih dekat berbanding sebelum ini.

“Walau apapun saya akan cuba untuk menjawab satu persatu biarpun tak tahu bila boleh habis sebab baru nak jawab satu, mesej lain pula yang masuk,” ujarnya kepada Wilayahku.

Lirik video Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini mendapat lebih satu juta tontonan di laman YouTube Nabila Razali Entertainment Khamis lalu dan boleh didengari menerusi semua platform digital Jumaat depan.

“Jangan lupa untuk terus menonton lirik video Peluang Kedua di YouTube okey,” ujarnya. – WILAYAHKU

NABILA tak henti-henti terima mesej daripada peminat.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas