Selebriti

“MyGrocer@ Wilayah ringankan beban rakyat” – Sherry Ibrahim

- Diterbit 5 Disember 2022 7:40 AM MYT

KENAIKAN harga barang basah kebelakangan ini memberi kesan kepada pengguna terutamanya golongan B40. Mereka mula mengeluh dan tertekan dengan perkara itu dan menganggap ia tidak masuk akal.

Prihatin dengan situasi yang melanda, pelakon Sherry Ibrahim menerusi Instagramnya, kagum dengan usaha kerajaan menerusi Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bertindak menganjurkan Program MyGrocer@Wilayah.

“Banyak perkara yang kerajaan lakukan demi membantu meringankan beban rakyat miskin bandar antaranya memperkenalkan program ini yang mana penjualan barangan dapur harian tidak melibatkan orang tengah sekali gus harga menjadi lebih rendah.

“Bukan itu sahaja, program ini turut memudahkan pengguna mengendalikan barangan basah seperti ikan atau ayam yang mana ia dijual dalam keadaan siap diproses dan dipotong,” tulisnya.

Katanya lagi, jualan di rumah-rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) ini adalah satu tindakan bijak yang turut menjimatkan duit rakyat.

“Barangan dapur yang dijual semua murah dan tidak dapat di tempat lain serta dalam masa yang sama mereka tidak perlu fikir untuk mengisi minyak kereta atau motosikal untuk keluar berbelanja.

“Semuanya di hadapan rumah. Nak jimat, jomlah berbelanja di MyGrocer@Wilayah,” ujarnya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas