Berita

Musabaqah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2020 ditangguhkan

- Diterbit 14 Mac 2020 6:20 AM MYT

PUTRAJAYA – Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQA) Peringkat Antarabangsa Tahun 1441H/2020M yang dijadualkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 6 hingga 11 April ini ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya berkata, tindakan itu susulan keputusan kerajaan agar semua perhimpunan termasuk acara melibatkan penyertaan dalam dan luar negara ditangguhkan berikutan situasi semasa wabak Covid-19.

“Sebagai makluman, MTHQA yang diurusetiakan oleh Jakim merupakan acara tahunan negara sejak 61 tahun lalu.

“Acara ini disertai oleh lebih 60 buah negara dari seluruh dunia bagi memperdengarkan bacaan dan hafazan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim,” katanya.- WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas