Berita

Muhyiddin umum Pelan Pemulihan negara petang ini

PERDANA Menteri mengumumkan Pelan Pemulihan Negara jam 5 petang ini.
- Diterbit 15 Jun 2021 8:32 AM MYT

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pelan Pemulihan Negara petang ini.

Menurut infografik yang dikongsikan di laman Facebook Muhyiddin, Perutusan Khas Perdana Menteri itu akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen tempatan termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV pada 5 petang ini.

Selain itu, perutusan berkenaan juga akan disiarkan di saluran 121 Freeview, 631 unifi TV, Facebook Live & Saluran YouTube Bernama TV. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas