Berita

Muhammad Afwa nama anak kedua Siti Nurhaliza

||SITI pilih nama Muhammad Afwa untuk anak keduanya.
- Diterbit 26 April 2021 3:02 PM MYT

BINTANG nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menamakan anak kedua mereka yang genap tujuh hari pada Isnin dengan nama Muhammad Afwa.

Menurut Siti, Muhammad Afwa dipilih kerana nama itu membawa makna keampunan atau kemaafan.

“Bismillahirrahmanirrahim.Hari ini, 26 April 2021, bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia 7 hari.

“Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.

“Alhamdulillah, hari ini, suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami.

“Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.

“Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa.

SITI pilih nama Muhammad Afwa untuk anak keduanya.

“Afwa melengkapkan afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa lengkap afiyah.

“Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah s.w.t. dan kita semua juga di dalam lindunganNya,” kongsi Siti menerusi instagramnya.

Siti selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi 19 April lalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas