Berita

MSWP rancang siri kejohanan e-Sports, warnai dunia sukan 2021

E-SPORTS semakin mendominasi dunia sukan sejak PKP.
- Diterbit 13 Februari 2021 10:35 AM MYT

PEMBANGUNAN sukan eSports semakin mendapat perhatian dalam dunia sukan hari ini. Malah ia semakin aktif dikala aktiviti sukan lain terjejas ketika virus COVID­19 melanda serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menyedari ia menarik minat ramai terutama golongan muda, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) mengambil langkah ke hadapan dengan merancang beberapa siri kejohanan sukan dalam talian tersebut.

Menurut Pengarah MSWP, Dr. Hasnul Faizal Hushin Amri, e­Sports dilihat sesuai dilaksanakan lebih­lebih lagi kebanyakan kejohanan dan program berkaitan sukan terpaksa dibatalkan dalam tempoh PKP.

“MSWP akan melihat keperluan ini dan perbincan gan bersama persatuan serta kelab e­Sports di Wilayah Persekutuan telah dilaksanakan untuk mengadakan beberapa siri kejohanan e­Sports,” ujarnya kepada Wilayahku.

Dalam pada itu, MSWP akan terus melihat kepada perkembangan dan arahan kerajaan dari semasa ke semasa.

“Jika keadaan membenarkan kita akan mula menggerakkan semula beberapa program yang telah dirangka.

“Sebenarnya berdasarkan Takwim Program MSWP pelbagai program utama sudah dijadualkan untuk mengisi kalendar aktiviti sepanjang 2021 antaranya Sukan Antara Parlimen, Karnival Sukan Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Sukan Wilayah Persekutuan,” katanya

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas