Berita

Mini gim buat jaguh lumba basikal negara

MINI gim yang sudah siap disediakan di rumah Shah Firdaus di Melbourne. ANNUAR mahu setiap bantuan yang telah diumumkan pihak kementerian dapat segera disalurkan kepada penerima. Gambar NAZIRUL ROSELAN/Wilayahku
- Diterbit 4 April 2020 5:28 AM MYT

KUALA LUMPUR – Jurulatih lumba basikal negara yang berpengkalan di Melbourne, Australia, John Beasley bertindak menyediakan mini gim di rumah dua atlet basikal negara, Azizulhasni Awang dan Muhammmad Shah Firdaus Sahrom.

Penyediaan mini gim tersebut bertujuan untuk memastikan kedua-duanya kekal cergas sepanjang tempoh Perintah Berkurung di Melbourne.

“Saya kini lebih tenang apabila sudah berjaya menyiapkan mini gim tersebut untuk memastikan mereka meneruskan latihan seperti biasa. Kami perlu kreatif untuk meneruskan latihan.

“Saya juga sudah menyusun program yang terbaik untuk Azizulhasni dan Shah menghadapi temasya Olimpik tahun hadapan,” katanya.

Buat masa ini, Beasley perlu memastikan kedua-dua pelumbanya terus bermotivasi serta mencari teknik terbaik untuk menambah kelajuan dan kekuatan walaupun tidak dapat menjalani latihan seperti biasa.

Terdahulu, kedua pelumba negara itu layak ke Sukan Olimpik Tokyo yang ditunda penganjurannya ke tahun hadapan akibat penularan wabak Covid-19. – WILAYAHKU

AZIZULHASNI dan Shah Firdaus layak ke Olimpik tahun hadapan.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas