Selebriti

Mimi Loma meninggal dunia

- Diterbit 20 Ogos 2021 10:55 PM MYT

SENIWATI era 1960-an, Mimi Loma, 75, meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Kuala Lumpur, pukul 2.19 pagi ini.

Berita pemergiannya turut disahkan oleh anak saudaranya yang juga pelakon Dian P. Ramlee.

“Assalamualaikum. Al Fatihah. Makcik saya seniwati Hajjah Aminah Binti Ismail @mimiloma telah kembali ke rahmatullah pagi tadi, 21 Ogos 2021, pukul 2.19 pagi di rumah arwah.

“Semoga Allah tempatkan arwah bersama insan-insan yang beriman. Amin,” tulisnya.

Difahamkan, Allahyarham Mimi menghembuskan nafas terakhir dalam tidur selepas beberapa hari dalam keadaan lemah akibat cirit birit.

Allahyarham Mimi atau nama sebenarnya, Siti Aminah Ismail adalah adik kepada Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma dan Allahyarham Mariani Ismail.

Antara filem lakonan Allahyarham Mimi Loma adalah Ahmad Albab lakonannya bersama kakaknya Saloma dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. – WILAYAHKU

FOTO: Berita Harian

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas