Berita

MIDNIGHT FUSIC, PIJAR Pahat Memori Persahabatan Dalam Lagu SANDIWARA

|MIDNIGHT bergabung dengan Kumpulan Pijar menerusi lagu Sandiwara
- Diterbit 20 November 2020 9:28 AM MYT

KUMPULAN rock alternatif Malaysia Midnight Fusic mengaku persahabatan antara mereka dan kumpulan Pijar dari Indonesia adalah kenangan manis yang tidak mungkin dilupakan.

Untuk itu, kedua-dua kumpulan ini bergabung dalam lagu berjudul Sandiwara yang menyentuh kisah persahabatan mereka yang sudah lama terjalin.

Lagu ini dihasilkan dalam masa satu hari, dan merupakan karya ciptaan Jack Alfredo yang jugak vokalis kumpulan Pijar, manakala Midnight Fusic menambahkan gaya mereka dalam lagu ini.

“Lagu ini adalah lagu Bahasa Melayu pertama yang kami inginkan. Inilah lagu yang menampilkan kegembiraan dalam hidup kita dan mengingatkan kami tentang persahabatan antara kami dan Pijar.

“Kami telah lama ingin mengeluarkan lagu dalam Bahasa Melayu atau Indonesia, dan gabungan kami dengan Pijar membuatkan proses pembikinan lagu ini amat mudah,” ujar pemain gitar Midnight Fusic, Arif Kamarudin.

Midnight fusic merasakan lagu ini sebagai lagu yang senang untuk didengari oleh orang ramai dan mereka ingin lagu ini ditafsirkan sendiri oleh pendengar mengikut perasaan mereka.

MIDNIGHT bergabung dengan Kumpulan Pijar menerusi lagu Sandiwara

Bagi Midnight Fusic, Sandiwara merupakan lagu yang senang didengari dan akan membuat pendengar tersenyum. 

“Kawan baik kami, Dennis Ferdinand, yang membuat vokal tambahan dalam lagu ini memang telah membawa semangat baru kepada melodi Sandiwara,” kata pemain gitar utama Midnight Fusic, Adrian Danial.

Walaupun perancangan Midnight Fusic untuk mengeluarkan album Bahasa Melayu belum diatur, namun lagu Sandiwara boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBOX, Spotify, YouTube & Youtube Muzik.

Jangan lepaskan peluang dengar lagu ini ya! – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas