Berita

MENU WAJIB PERAYAAN KRISMAS

- Diterbit 25 Disember 2021 2:30 AM MYT

KALAU Hari Raya Aidilfitri popular dengan sajian rendang ayam dan ketupat, Deepavali pula muruku dan ladu, Tahun Baru Cina dengan sajian Yusheng manakala Hari Krismas pula popular dengan ayam belanda panggang, shepherd’s pie serta biskut berwarna-warni!

Mungkin korang ada kawan yang menyambut perayaan Krismas dan pernah mendapat jemputan untuk bertandang ke rumah mereka.

Tetapi tahukah anda, makanan apa yang wajib dan selalu dihidangkan pada Krismas? Edisi kali ini Wilayahku akan kongsikan dua hidangan wajib semasa perayaan Krismas! Sekurang-kurangnya korang tidak rasa kekok apabila bertandang ke rumah rakan nanti.

AYAM BELANDA PANGGANG

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam belanda

1 ketul mentega

1 biji bawang holland

1 biji lemon

Secekak dan ketumbar dipotong halus

Minyak zaitun

Garam

Lada sulah

Serbuk lada hitam

Rosemary (Optional)

CARA PENYEDIAAN

  1. Bersihkan ayam belanda dan keringkan.
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 200°C.
  3. Untuk membuat bahan perapan – lembutkan mentega pada suhu bilik dan gaulkan dengan garam, lada sulah, daun ketumbar dan sedikit parutan kulit lemon. Gaul sebati dan ketepikan.
  4. Lumurkan bahagan luar dan dalam ayam belanda dengan garam dan serbuk lada hitam.
  5. Dengan teliti longgarkan kulitnya dan sumbatkan bahan perapan tadi ke dalamnya.
  6. Masukkan sedikit demi sedikit ke bawah kulit ayam dan tolak menggunakan jari. Yang selebihnya, lumurkan pada keseluruhan ayam belanda.
  7. Masukkan bawang holland dan lemon ke bahagian dalam ayam dan sisipkan dengan lidi.
  8. Akhir sekali, tuangkan minyak zaitun ke atas ayam seberapa banyak yang anda suka dan taburkan rosemary ke atasnya.
  9. Masukkan ayam kedalam ketuhar dan bakar. Setiap 45 minit atau 1 jam, anda perlu ‘baste’ ayam tersebut.
  10. Buka ketuhar dan ambil jus ayam dan curahkan ke atas ayam dengan menggunakan sudu terutamanya di bahagian dada.
  11. Cucuk ayam dengan chopsticks ataupun lidi yang panjang dan jika ianya keluar licin, bermakna ia sudah masak.
  12. Sekiranya ayam sudah berwarna keperangan dan mash belum masak, ambil aluminium foil dan tutup ayam tersebut.

SHEPHERD’S PIE

BAHAN-BAHAN

500 gram daging kisar (boleh digantikan dengan ayam/kambing)

2 sudu besar minyak zaitun

1 biji bawang besar kuning dicincang halus

2 ulas bawang putih dicincang halus

10 gram tepung gandum

1 sudu besar Worcestershire sauce

1 sudu besar tomato puree

1 ketul kiub daging Knorr

1 helai daun bay

1 batang celery dipotong kiub kecil

500 ml air

1 batang kentang dipotong dadu besar dan rebus

Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK KENTANG PUTAR

1 kg kentang USA atau russet

1/2 cawan susu full cream Dutch Lady

40 gram butter

CARA PENYEDIAAN KENTANG PUTAR

  1. Kupas kulit kentang dan potong kepada 2-3 bahagian. Rebus bersama satu sudu kecil garam di dalam air yang penuh menutupi kentang sehingga empuk dan kemudian toskan air.
  2. Masukkan kentang yang panas ke dalam mangkuk dan hancurkan sekata menggunakan potato masher. Kemudian masukkan pula susu serta butter dan kacau sekata.

CARA PENYEDIAAN SHEPHERD’S PIE

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar kuning sehingga lembut keperangan, kemudian diikuti pula dengan bawang putih dan celeri.
  2. Selepas itu, masukkan daging kisar dan kacau sehingga air yang keluar dari daging kisar tadi kering.
  3. Masukkan pula tepung dan kacau seketika. Kemudian masukkan Worcestershire sauce dan tomato puree. Kacau seketika.
  4. Tuang air ke dalam daging dan masukkan kiub daging serta daun bay. Teruskan memasak di atas api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat selama lebih kurang 1 jam. Selepas itu, angkat keluar daun bay.
  5. Tuang daging ke dalam mangkuk pie seramik atau kaca. Ratakan daging dan taburkan sekata carrot yang telah direbus di atas permukaan inti daging.
  6. Letakkan kentang putar di beberapa bahagian atas pie dengan sekata dan ratakan menggunakan spatula. Tekan supaya kemas bahagian atas kentang menggunakan garfu dengan cara melorek menggunakan spatula seperti sisik ikan.
  7. Bakar pada suhu 220°C selama lebih kurang 20 minit atau sehingga bahagian atas keperangan.
  8. Sejukkan shephard’s pie dan potong untuk dihidang. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas