Berita

Menu sihat Overnight Oats

||
- Diterbit 7 Januari 2022 3:55 AM MYT

HAI semua pembaca akhbar Wilayahku! Setiap kali tiba tahun baharu pasti kita akan menyimpan sesuatu azam seperti yang sering didengari mahu memulakan gaya hidup sihat atau mengamalkan pemakanan seimbang.

Edisi kali ini, Datin Seri Shamsiah Md Yassin bersama Chef Hasna ingin kongsikan menu sihat iaitu resipi overnight oat yang mengandungi kandungan serat, vitamin dan mineral yang tinggi.

Antara khasiat oat ialah kaya dengan nutrisi, dapat merendahkan tahap kolestrol, mengurangkan kandungan gula dalam darah serta menurunkan berat badan. Ia amatlah sesuai untuk mereka yang sedang diet. Selamat Tahun Baru dan selamat mencuba!

Overnight Oats Blueberry Chocolate

BAHAN-BAHAN
1 cawan rolled oat
1 sudu besar chia seeds
1 cawan susu
1/2 cawan yogurt asli
1 sudu besar koko
2 sudu besar gula lakanto
Buah blueberry

CARA PENYEDIAAN
1. Masukkan oat, chia seeds, susu dan yogurt.
2. Kacau sebati dan masukkan buah blueberry, gula dan serbuk koko.
3. Kacau sehingga rata. Kemudian, masukkan ke dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya semalaman.
4. Overnight Oats Blueberry Chocolate siap untuk dihidang.

 

Strawberry Honey Overnight Oats

BAHAN-BAHAN
1 cawan rolled oat
1 sudu besar chia seeds
1 cawan susu
1/2 cawan yogurt asli
2, 3 biji strawberi dipotong dadu
2 sudu besar madu
Kacang pistachio

CARA PENYEDIAAN
1. Masukkan oat, chia seeds, susu dan yogurt ke dalam mangkuk.
2. Kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan buah strawberi dan madu serentak.
3. Kacau rata dan masukkan ke dalam botol.
4. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk, kemudian sedia untuk dinikmati. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas