Berita

MENU DESSERT MENGGIURKAN DARI PELBAGAI NEGARA

|||||
- Diterbit 21 Ogos 2021 2:00 AM MYT

BILA tiba bab dessert ni, tiada siapa yang dapat menolak. Tidak kiralah pudding, tat atau manisan, memang boleh membahagiakan jiwa dan perasaan.

Sempena edisi kali ini, Wilayahku bawakan lima resipi dessert dari pelbagai negara termasuklah Thailand, Turki dan Indonesia.

UBI KAYU CARAMEL GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN

2 batang ubi kayu

250 gram gula perang

100 gram gula Melaka

1 helai daun pandan

400 ml air

CARA PENYEDIAAN

  1. Ubi kayu dibersihkan dan dibuang kulit. Potong sepanjang 10cm.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam periuk yang bersesuaian.
  3. Rebus sehingga ubi empuk dan gula menjadi pekat. Kacau bahagian bawah bagi mengelakkan gula menjadi hangus. Setelah ubi empuk, angkat dan sedia dihidangkan.

PUREE DURIAN

BAHAN-BAHAN

1 kg isi durian

800 ml air

400 gram gula pasir

50 gram tepung jagung

250 ml air

Sedikit pewarna lemon yellow

Sedikit perisa durian

CARA PENYEDIAAN

  1. Kisar isi durian dan air hingga halus
  2. Tuangkan dalam kuali/non-stick pan atas api sederhana dan kacau.
  3. Letakkan gula dan terus kacau hingga sebati.
  4. Bila agak likat, campurkan bancuhan air dan tepung jagung, kacau lagi lebih kurang 10 minit atau hingga pekat.
  5. Tutup api dan tuangkan dalam bekas kedap udara.
  6. Apabila sudah sejuk, boleh simpan dalam peti ais.

PUDING ROTI MARSHMALLOW

BAHAN-BAHAN

½ buku roti sandwich

½ cawan kismis

½ cawan Mega Marshmallow

4 biji telur

1 tin susu cair

½ cawan gula pasir

1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

1 sudu teh esen vanilla

2 sudu makan mentega

CARA PENYEDIAAN

  1. Sapukan mentega pada roti. Kemudian potong dadu. Susun roti dalam loyang yang telah dioles dengan mentega dan tabur kismis.
  2. Kemudian susun lagi roti, tabur kismis dan Mega Marshmallow sehingga habus.
  3. Di dalam bekas berlainan, satukan telur yang telah dipukul dengan susu, gula, serbuk kulit kayu manis dan esen vanilla. Pukul sebati dan tuang ke dalam Loyang.
  4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 170°C selama 40 minit.

JELLY TEMBIKAI

BAHAN-BAHAN

200 gram agar-agar serbuk

1 litre air

200 gram gula

1 biji buah tembikai merah

Buah naga dipotong dadu

Buah kiwi dipotong dadu

Buah nanas dipotong dadu

Buah betik dipotong dadu

Strawberi dipotong dadu

Blueberry

CARA PENYEDIAAN

  1. Tembikai dibelah dua dan dikeluarkan isinya. Isi tembikai dipotong dadu.
  2. Masukkan kesemua buah-buahan yang dipotong dadu ke dalam kulit tembikai.
  3. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga larut.
  4. Tuang agar-agar ke dalam kulit tembikai berisi buah-buahan tadi. Biarkan sejuk dan mengeras. Baik disimpan di dalam peti sejuk.
  5. Potong dan sedia untuk dinikmati.

MSHABAK

BAHAN-BAHAN

5 sudu makan tepung jagung

5 sudu makan tepung gandum

2 sudu makan minyak bunga matahari/jagung

1 sudu teh yis/ragi

Air suam secukupnya

BAHAN UNTUK SIRAP

2 cawan gula

1 cawan air

2 sudu makan air mawar

½ biji lemon untuk perahan jus

Pewarna kuning/oren

CARA BUAT SIRAP

Cairkan gula kemudian tambahkan air mawar dan jus. Akhir sekali masukkan pewarna mengikut cita rasa. Ketepikan.

CARA BUAT DOH

  1. Gaul minyak bunga matahari/jagung, tepung gandum, yis dan tepung jagung. Campurkan air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng doh di dalam minyak panas.
  3. Goreng doh sehingga perang keemasan dan kemudian angkat, tos dan rendamkan di dalam air gula yang telah dibuat sebelumnya. Angkat dan sedia dinikmati.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas