Berita

Menu ‘Balik Kampung’ Hotel Tenera laris, menjadi pilihan selebriti popular

Fadzly Hamzah bersama team dan artis popular iaitu Ramlah Ram dan Ayu Damit||LEBIH 200 menu bufet Ramadan yang disediakan di Hotel Tenera |||||||ZOEY Rahman antara selebriti yang gemar berkunjung ke Hotel Tenera.
- Diterbit 18 April 2022 1:20 AM MYT

SEPERTI biasa, menu bufet Ramadan di Hotel Tenera pastinya menjadi pilihan ramai untuk berbuka puasa kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dan harga berpatutan buat seisi keluarga.

Bertemakan Balik Kampung, hidangan warisan Melayu ini pastinya menjadi tarikan ramai di luar sana yang menggemari masakan tradisional.

PENGURUS besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah bersama team dan artis popular iaitu Ramlah Ram dan Ayu Damit

Menurut Pengurus besar hotel itu, Fadzly Hamzah berkata, hidangan warisan Melayu ini mampu menjadi tarikan ramai yang menggemari masakan tradisional dan sekaligus membuatkan mereka mengimbas kembali kenangan berbuka berpuasa di desa.

“Apa yang istimewa, para pengunjung boleh menikmati suasana iftar seperti di bazar Ramadan kerana terdapat 20 gerai makanan yang menyajikan juadah kegemaran ramai.

“Antaranya Rendang Ayam Utara, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Daging Tetel Gulai Rebung, Sambal Udang Petai Siseh, Sotong Goreng Percik, Udang Kelapa Parut, Ayam Ungkep, Ikan Talang Gulai Nenas dan lain-lain lagi.

“Dengar sahaja nama menu-menu itu, sudah menggambarkan suasana berada di desa. Jadi, ia sangat tepat dengan tema yang kami bawakan iaitu Balik Kampung,” katanya.

LEBIH 200 menu bufet Ramadan yang disediakan di Hotel Tenera

Bukan itu sahaja, hidangan lain yang pastinya tidak dilupakan adalah Kari Kepala Ikan Salmon, Kambing Kabsah Tenera, Lidah Bakar Mulut Senget, Ikan Bakar Besau-Besau Sumbat Kelapa Parut, Laksa Sarang Udang, Ulam-Ulam Sambal Gesek dan banyak lagi.

Selain itu, antara lain 100 menu hidangan bertemakan Balik Kampung hasil air tangan eksekutif cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul ini turut disediakan adalah Ayam Hot Peri-Peri ‘Yaribaaa’, Seafood Goreng ‘KAVA’, Pasta World, Seoul Seoul Hot Noodle, Gerai Roti Didi And Pren, Picolomondo Pizza, Yong Tau Foo dan Sup Gear Box Kampung Utara.

Tidak dilupakan juga Ayam Percik Kelate, Ikan Pisang Asam Rebus Batang Keladi, Sate Tiga Cucuk Je, Goreng-Goreng Mak Tom, Abe Keropok, aneka mi goreng dan roti serta banyak lagi.

Kepada peminat masakan Cina, hidangan istimewa Dim Sum Bunga yang disajikan bersama Sos Hoisin dan pedas.

Tema Balik kampung kali ini juga turut menghidangkan aneka pencuci mulut seperti Cendol Sawit Tok Ram, Apam Balik Moden, Kuih Serabai, Tepung Pelita, Talam Keladi, Bubur Semanis Awak, Bakar Bijan, serta pelbagai jenis aiskrim.

Sungguh ‘mewah’ aneka juadah yang disajikan namun harganya tetap berpatutan. Bufet Ramadan 2022 bertemakan Balik Kampung di Grand Ballroom Hotel Tenera ini menawarkan harga RM118 seorang.

Menerusi media sosial, ramai yang berpuas hati dan memuji makanan sedap di Hotel Tenera yang sukar diperolehi di tempat lain.

ZOEY Rahman antara selebriti yang gemar berkunjung ke Hotel Tenera.

Bukan sahaja masyarakat, malah golongan selebriti seperti Hafiz Hamidun, Ayu Damit, Ramlah Ram, Zoey Rahman, Nubhan, Datin Alyah dan ramai lagi, turut memilih Hotel Tenera sebagai lokasi untuk berbuka puasa.

Istimewa Ramadan kali ini, Hotel Tenera telah mengeluarkan produk terbaharu iaitu Pes Masakan.

Pes masakan ini terdiri daripada Pes Sambal Tumis, Kerutuk, Gulai Kawah, Kari India dan Sambal Bilis. Semua pes ini digunakan dalam hidangan masakan Bufet Ramadan pada tahun ini. Sepanjang Ramadan ini, kami menawarkan harga istimewa potongan 10% diskaun untuk setiap pembelian Pes Kombo yang harga asalnya RM35.

Selain itu, Hotel Tenera juga menawarkan Pakej ‘Ramadan Stay And Dine’ di sepanjang Bulan Ramadan ini. Pakej ini meliputi penginapan bilik berserta Bufet Ramadan dan sahur untuk 2 orang.

Sebarang maklumat lanjut tentang bufet Ramadan Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor ini, boleh hubungi di talian 03-89299600 atau whatsap 0193854796/019-3592796. Jangan lupa layari facebook/Instagram : hoteltenerabangi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas