Berita

Menteri Luar Itali hubungi rakan sejawat dari Republik Demokratik Congo

Italian Foreign Affairs Minister Luigi Di Maio attends a Ministerial coordination meeting in the Egyptian capital Cairo on January 8, 2020, to discuss developments in the Libyan crisis. (Photo by Mohamed el-Shahed / AFP) (Photo by MOHAMED EL-SHAHED/AFP via Getty Images)
- Diterbit 23 Februari 2021 6:44 AM MYT

MENTERI Luar Itali Luigi Di Maio pada Isnin menghubungi rakan sejawatnya dari Republik Demokratik Congo (DRC), Marie Tumba Nzeza, berhubung insiden serangan terhadap konvoi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Agensi Anadolu.

Kementerian Luar Itali mengesahkan dutanya Luca Attanasio dan seorang pegawai pengiring, Vittorio Iacovacci terkorban dalam kejadian itu.

Nzeza bersetuju untuk memberikan kerjasama penuh kepada badan kehakiman Itali untuk membolehkan siasatan terperinci dijalankan berhubung insiden itu.

Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri Itali turut mengibarkan bendera separuh tiang.

Attanasio, 43, dan Iacovacci, 30, antara tiga yang terbunuh dalam serangan ke atas konvoi PBB di DRC pada Isnin itu.

Menurut sumber tempatan, konvoi itu diserang dalam satu cubaan menculik berhampiran Goma, ibu kota wilayah Kivu Utara di timur negara itu.

Turut maut dalam kejadian itu pemandu Program Makanan Dunia Congo (WFP) – yang namanya belum didedahkan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas