
Md Nasir dipecat sebagai CEO Finas, tidak dinyatakan alasan dihentikan
KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim akan mengadakan sidang akhbar berkenaan pemecatan beliau bagi jawatan tersebut.
Sidang akhbar itu akan dibuat pada jam 12 tengah hari ini di Hotel Grand Barakah, Ampang, Selangor.
“Untuk makluman, semalam (31 Mei 2023) saya telah menerima surat pemendekan kontrak saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan ia berkuatkuasa mulai 1 Jun 2023 (hari ini).
“Surat itu tidak menyatakan alasan pemecatan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu (semalam).
Pada 31 Oktober 2021, Md Nasir dilantik sebagai CEO Finas berkuat kuasa 1 November 2021 hingga 30 Oktober 2023. – WILAYAHKU