Berita

MBSB Bank salur barangan asas, bantu komuniti memerlukan

SETIAP kotak barangan asas bernilai RM100 tajaan MBSB Bank disumbangkan kepada 30 penduduk PPR Gombak Setia. SETIAP kotak barangan asas bernilai RM100 tajaan MBSB Bank disumbangkan
- Diterbit 22 Oktober 2021 3:00 AM MYT

SERAMAI 30 keluarga di dalam kelompok B40 di PPR Gombak Setia, menerima bantuan barangan asas hasil sumbangan prihatin oleh MBSB Bank bagi meringankan beban golongan memerlukan.

Agihan kotak bantuan barangan asas itu diserah oleh Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera atau PKMS dan turut disertai wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur dan MBSB Bank.

Menurut Presiden PKMS, Mohamad Asri Abdul Wahid, kesemua penerima adalah pemohon yang layak dibantu dan memerlukan kerana berdepan masalah kewangan selain kekangan hidup sejak penularan COVID-19.

Katanya setiap penerima sumbangan itu layak mendapat beras, gula, garam, minyak masak dan lain-lain barang termasuk biskut dan roti.

“Anggaran nilai setiap kotak barangan asas yang disumbang MBSB Bank ini ialah kira-kira RM100 dan telah memanfaatkan 30 buah keluarga B40 di PPR Gombak Setia ini.

“Kesemua penerima telah memohon bantuan ini melalui wakil MPPWP atau Penyelaras Parlimen dan permohonan secara online bagi mendapat bantuan asas untuk keperluan isi rumah,” ujarnya.

Untuk sesi agihan kali ini, PKMS dan JKMWPKL turut mendapat kerjasama wakil Daie YADIM di PPR Gombak Setia, Beyhaqi Ramli dan AJK Surau Sakinah.

Menurut Beyhaqi kelompok penerima daripada golongan B40 dan M40 terkesan akibat COVID-19 dan hilang pekerjaan mahupun peniaga hilang punca pendapatan.

“Inisiatif kerjasama dirintis oleh pelbagai pihak ini amat signifikan dalam membantu sesama warga dan seterusnya memupuk budaya prihatin dan toleransi sesama rakyat,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Asri turut menyatakan komitmen PKMS untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada individu, yayasan mahupun syarikat korporat ingin nenyumbang kepada golongan rakyat.

“PKMS akan sedaya upaya bantu mereka yang memerlukan, tidak hanya tertumpu pada Wangsa Maju malah kami telah bergerak bersama NGO untuk sampaikan sumbangan di serata lokasi,” tambahnya. -WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas