Berita

Mayat lelaki ditemui reput di Sungai Keling

MAYAT lelaki itu dijumpai oleh orang awam dalam keadaan terapung
- Diterbit 21 September 2021 10:39 AM MYT

MAYAT seorang lelaki ditemui dalam keadaan mereput di sungai paya bakau SK 33 Kg. Sungai Keling, di sini pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu pada jam 2.30 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, mayat lelaki itu dijumpai oleh orang awam dengan keadaan terapung.

” Berdasarkan rupa fizikal mayat itu disyaki adalah seorang lelaki,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad berkata, kes diklasifikasikan sebagai laporan kes kematian mengejut (SDR) sehinggalah laporan bedah siasat diperolehi.

” Mayat tersebut kini berada di Unit Forensik Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat,” katanya.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut agar segera memaklumkan kepada balai polis yang berdekatan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas