Berita

Mayat dijumpai dalam telaga di Segambut

One Utama Chinese New Year decorations launch January 17,2019.
- Diterbit 1 September 2020 2:05 AM MYT

POLIS menemukan satu mayat dalam telaga dekat dengan sebuah pejabat tapak pembinaan yang ditinggalkan di Segambut, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP S.Shanmorgamorty Chinniah berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada orang ramai mengenainya pada kira-kira pukul 9.10 pagi tadi.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi, polis menemukan mayat itu dalam keadaan telah reput dan tidak sempurna, dianggarkan berada di situ sejak kira-kira sebulan yang lepas.

“Identiti serta jantina si mati tidak dapat dipastikan, dan mayat telah dibawa keluar dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Menurutnya mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas