Maya Karin dedah kisah lelaki Australia dan penyakit Anxiety Disorder

Maya Karin dedah kisah lelaki Australia dan penyakit Anxiety Disorder

PELAKON popular Maya Karin mendedahkan dirinya didekati beberapa orang lelaki sejak berpisah dengan bekas suaminya pada tahun 2010.

Menurut Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, antara lelaki yang cuba mendekati dan mahu mengenalinya dengan lebih mendalam adalah seorang jejaka berasal dari Australia.

“Memang saya akui ada beberapa calon lelaki tempatan yang saya sedang kenal. Cuma buat masa ini saya lebih selesa untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu.

“Lagipun sekarang ini saya terlibat dengan sebuah pementasan teater serta beberapa karya seni yang sedang saya fokus dan itu menjadi keutamaan saya,” katanya.

DALAM sesi IG Live bersama WHAM, Maya turut berkongsi mengenai rasa bimbang melampau (anxiety disorder) yang dihadapinya.

Maya berkata demikian dalam sesi IG Live bersama Penggiat Seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS), baru-baru ini.

Sesi itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.
Sebelum ini, Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki Itali, Muhammad Ali Abdullah atau nama sebenarnya Steven David Shorthose sebelum berceai talak satu serta tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Maya yang juga merupakan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak dua kali menerusi filem Anak Halal (FFM21) dan Ombak Rindu (FFM25) itu juga sempat berkongsi mengenai kisah mengenai rasa bimbang melampau (anxiety disorder) yang dihadapinya.

Maya menjelaskan disebabkan perasaan yang dialaminya itu, dia tidak berjaya mendapatkan dua watak dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan filem Crazy Rich Asian.

“Sewaktu menjalani kedua-dua sesi uji bakat itu, saya gagal melakukan yang terbaik disebabkan anxiety, malah tangan saya menggigil dan jadi berpeluh.

“Kemudian selepas lapan tahun, saya kini sudah boleh mengawal anxiety tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada doktor,” katanya yang pernah popular dengan lagu Teka Teki. – WILAYAHKU

Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )