Utama

Maut bergaduh: Beberapa saksi kejadian beri keterangan

SAKSI SELISIH FAHAM MAUT
ANTARA status yang dimuat naik menceritakan insiden kemalangan.
- Diterbit 11 Ogos 2019 3:22 PM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]

PUTRAJAYA – Beberapa orang saksi kejadian bunuh akibat perselisihan faham ketika kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, semalam telah diambil keterangan.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, saksi-saksi berkenaan adalah mereka yang tampil dan diminta tampil untuk memberi keterangan.

Ujar beliau, beberapa orang saksi lagi akan tampil memberi keterangan berhubung kejadian tersebut.

“Mereka termasuk pemilik akaun Facebook, Illya Sumanto yang telah memuat naik status bahawa dia merupakan saksi kemalangan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas tentang sama ada terdapat kamera litar tertutup (CCTV), Fadzil memberitahu, siasatan sedang dilakukan dan pihaknya akan menyegerakannya.

Sejak insiden kemalangan tersebut tular di media sosial, pelbagai kenyataan dimuat naik termasuk daripada beberapa saksi kejadian selain terdapat sesetengah pihak yang membuat spekulasi.

Malah, status-status yang dimuat naik itu juga mempunyai pelbagai versi yang berbeza. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas