Berita

Mat Kilau raih RM90 juta, tepis Avengers

|SYAMSUL Yusof bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang menyokongnya selama ini.
- Diterbit 25 Julai 2022 4:09 AM MYT

SATU pencapaian luar biasa dalam industri perfileman negara apabila filrm Mat Kilau berjaya meraih kutipan sebanyak RM90 juta selepas 33 hari tayangan.

Filem arahan Syamsul Yusof ini sekaligus berjaya menepis kedudukan filem arahannya sebelum ini iaitu Munafik 2 yang memegang rekod sebagai filem Malaysia dengan kutipan tertinggi pada 2018 iaitu sebanyak RM48 juta.

SYAMSUL Yusof bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang menyokongnya selama ini.

Rekod kutipan filem paling tinggi di Malaysia sebelum ini dipegang filem Hollywood terbitan Marvel iaitu Avengers : Endgame dengan jumlah kutipan sebanyak RM87 juta.
Syamsul turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam Mat Kilau.

“Air mata syukur. Tiada kata melainkan Alhamdulillah. Saya dan seluruh tenaga kerja Mat Kilau amat terharu.

“Lebih mengejutkan lagi bila Mat Kilau menjadi filem nombor satu dalam carta box office mingguan untuk lima minggu berturut-turut mengenepikan filem-filem besar Hollywood.

“Terima kasih kepada penonton yang masih terus beri kepercayaan pada karya kali ini dan kesemua filem saya sebelumnya.

“Sejak dari filem pertama hinggalah sekarang. InsyaAllah moga terus diberi ilham untuk filem akan datang,” katanya

Semoga kejayaan Yang diraih filrm Mat Kilau ini menjadi inspirasi kepada pemilik filem yang lain. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas